Tuesday 8 May 2012

Awas Dengan Pertubuhan Yang Memurtadkan Umat Islam


Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.


Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.



Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.



Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.



Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.



Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.



Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.



“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.



“Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam.



Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.



Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.



Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.



Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.



Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.



“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.


Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan.

Saturday 24 March 2012

Asas Tamadun Melayu


Bermula dari zaman Paleolitik hingga ke zaman Gangsa-Besi, tamadun Melayu telah banyak mengalami perubahan. Bukti- bukti arkeologi di beberapa petempatan awal telah  menunjukkan bahawa struktur sosial tamadun awal melayu banyak dipengaruhi oleh peradaban India. Struktur masyarakat yang berlapis-lapis seperti hierarki pentadbiran (raja, pembesar, rakyat dan hamba abdi) antara pengaruh tamadun India yang jelas kelihatan.

Kemudian, kerajaan pra-Islam muncul dan Alam Melayu telah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kerajaan Agraria yang menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi dan kerajaan maritime yang bergantung kepada aktiviti laut untuk menjana ekonomi.

Friday 9 March 2012

Perlembagaan Malaysia




Yang Di-Pertuan Agong
Perlembagaan Malaysia..kita sering mendengar akan perkataan ini..tapi,tahukah anda apa itu perlembagaan Malaysia dan isi kandungan nya??
hah..inilah undang-undang agung sesebuah negara. Di Malaysia, perlembagaan inilah menjaga hak peribumi dari semua aspek. Dikenali juga sebagai perlembagaan persekutuan, perlembagaan ini telah dibahagikan kepada 16 bhgian dan 13 jdual yang menjaga setiap aspek penting sesebuah negara..

pendek kata, perlembagaan ini lah yang menjadi sumber rujukan bagi isu-isu berat kerana ia dianggap sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia..dan berdasarkan perlembagaan ini juga, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi Malaysia. Manakala, definisi umum seorang melayu ialah seseorang yang beragama Islam, lazimnya berbahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu..tetapi pada hari ini, semua itu bukan lagi menjadi kayu ukur bagi orang melayu ini kerana, globalisasi telah mengubah segala galanya….


Bekas Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

Berbalik kepada isu Islam sebagai agama rasmi Malaysia, Yang Di-Pertuan Agong pula merupakan ketua agama Islam di Malaysia dan Raja-raja Melayu adalah ketua agama bagi negeri-negeri.. Namun begitu, dasar demokrasi yang di amalkan membolehkan agama lain berkembang dan penggunaan bahasa lain untuk berkomunikasi..Apa yang penting ialah bahasa melayu adalah bahasa Kebangsaan bagi Malaysia..

Pengenalan Tamadun Melayu


Apa 2 tamadun melayu?wujud ke tamadun melayu??n the answer is absolutely yes..!!sejarah melayu telah bermula dari zaman kegemilangan Sultan Melayu Melaka lagi, as we already know la kan..dalam buku sejarah pun ade review jugak..now,lets refresh back our memory bout what is Tamadun Melayu..

keris dan melayu tak dapat dipisahkan

Ape itu Tamadun Melayu?
Tamadun Melayu boleh digambarkan sebagai sebuah tamadun  yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolong sebagai orang-orang melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia tenggara yang dikenali sebagai gugusan kepulauan Melayu.

Alam Melayu?
Alam melayu adalah merujuk kepada satu kawasan luas yang menjadi penempatan awal tamadun melayu.Ingat tak lagi pada Kedah Tua, Srivijaya, Angkor, Lembah Bujang, Majapahit dan Funan??hah…ni la  contoh2 alam melayu yang pernah kita pelajari dulu..


salah satu adat orang melayu


2 elemen penting alam melayu ialah Bahasa Melayu dan Agama Islam.

Kedatangan Islam telah melengkapkan lagi pembentukan tamadun Melayu. Manakala Bahasa Melayu diangkat menjadi lingua franca kerana menjadi bahasa perantara yang meluas dikalangan pedagang-pedangan di kepulauan Melayu. Sama seperti penggunaan bahasa Inggeris pada hari ini….


Melayu pula merujuk kepada 3 perkara iaitu Ras, Kebudayaan dan Bahasa
akhir kata,

"MAJULAH MELAYU UNTUK MALAYSIA"